Reporting: Text

Loading Events

« All Events

Mandarin Short Video Competition

April 1 @ 8:00 AM - May 3 @ 5:00 PM

1) Maklumat Pertandingan

  • Pertandingan Video Pendek Bahasa Mandarin adalah anjuran Institut Kong Zi Universiti Malaya.
  • Tempoh pertandingan adalah bermula dari 12 Mac hingga 3 Mei 2019.
  • Tema pertandingan adalah ‘The Friendship between Malaysia and China’.
  • Genre terbuka seperti drama, sketsa dan komedi.

 

2) Kelayakan Pertandingan

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
  • Terbuka kepada pelajar Ijazah Dasar dan Ijazah Tinggi yang berumur di antara 20 hingga 35 tahun.
  • Terbuka kepada bukan penutur jati bahasa Mandarin (non-native speaker)bagi watak-watak utama, manakala bagi watak tambahan adalah dibenarkan.

 

3)Syarat-syarat Pertandingan

  • Penyertaan adalah percuma.
  • Video mestilah di dalam Bahasa Mandarin sahaja.
  • Penyertaan perlulah secara berkumpulan sahaja. Tiada had bilangan peserta tetapi minimum bagi satu penyertaan adalah 3 orang.
  • Setiap kumpulan hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
  • Durasi video adalah dari 7 – 10 minit. Durasi yang kurang dari 7 minit dan lebih dari 10 minit tidak akan diadili.
  • Kandungan video TIDAK DIBENARKAN menyentuh sensitiviti kaum, agama serta politik dalam pembikinan video.
  • Perlu ada sarikata sama ada dalam karakter cina atau ‘pinyin’.

 

4) Hadiah Penyertaan

  • Johan : RM 1,000.00 dan trofi
  • Naib Johan : RM 700.00 dan trofi
  • Ketiga : RM 500.00 dan trofi

 

  • Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan atau pertikaian selepas keputusan diumumkan tidak akan dilayan.
  • Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan emel. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya pada penghujung bulan Jun 2019.

 

5) Kritea Pengadilan

  • Sebutan (35%)
  • Penggunaan tatabahasa dan perbendaharaan kata (35%)
  • Jalan cerita dan kreativiti (30%)

6)Tempoh Pertandingan

  • Tarikh tutup pertandingan adalah 3 Mei 2019 sebelum jam 12.00 tengah hari.
  • Format video adalah bentuk format MP4/MPEG/AVI dan dihantar terus kepada zalikha@um.edu.myatau izaf@um.edu.my
  • Pihak penganjur tidak menerima penyertaan yang dihantar melalui pos.
  • Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan yang tidak lengkap dan penyertaan yang tiba lewat dari masa dan tarikh tutup pertandingan.

7) Tuntutan Hak Cipta

  • Kesemua penyertaan menjadi hak milik penganjur.
  • Pihak penganjur berhak untuk menerbitkan, mengeluarkan, memapar, mengedar, menyunting dan menayangkan pada mana-mana skrin, laman web, pameran, media sosial atau mana-mana media untuk tujuan Institut Kong Zi Universiti Malaya.

 

Sebarang pertanyaan, boleh terus menghubungi Cik Iza di talian 019-9266032 atau 03-7967 7344 at

Details

Start:
April 1 @ 8:00 AM
End:
May 3 @ 5:00 PM

Organizer

Kong Zi Institute, Universiti Malaya
Phone:
03 7967 7022
Email:
kongzium@gmail.com
Website:
http://kongzium.edu.my

Venue

University of Malaya
Blok E Institut Pasca Siswazah
Universiti Malaya, Lembah Pantai, 50603 Malaysia
+ Google Map
Phone:
0379677022
Website:
http://kongzium.edu.my

Reporting: Text